FULL SEJARAH KERJA KURSUS
KERJA KUSUS SEJARAH
SMK SUNGAI TAPANG
TINGKATAN 2
NAMA: MOHD NUR FIKRI BIN ABU DZAR
ALBERT
KELAS:2A1
SEKOLAH:SMK SUNGAI TAPANG
GURU PENILAI:CIKGU SRI SUMANTHY
TAJUK KAJIAN :SEJARAH SEKOLAH SMK
SUNGAI TAPANG
TAJUK KAJIAN
SEJARAH SEKOLAH SMK SUNGAI TAPANG
PENGHARGAAN
Saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Bekon
Jenet selaku pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Tapang kerana telah memberikan saya galakan dan motivasi untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Dengan motivasi yang tinggi, saya sentiasa
bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.
Selain
itu, saya ingin megucapkan terima kasih kepada Puan Sri Sumanthy selaku guru
Sejarah tingkatan 2. Beliau telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang
berterusan sepanjang saya mejalankan kerja kursus ini.
Ribuan
terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Abu
Dzar Albert Bin Abdullah dan Puan Siti
Norma Abd Rashid atas galakan, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya
dalam pelbagai bentuk termasuklah bantuan kewangan yang saya perlukan sepanjang
perlaksanaan kerja kursus ini.
Akhir
sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya iaitu Mc Arthur
Balang, Christ dan abang saya yang turut membantu dan berkongsi maklumat
sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka semua,
adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kurus ini
OBJEKTIF KAJIAN
Saya
dapat mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah dari mula ianya
ditubuhkan sehinggalah sekarang.
Saya
dapat mengenali nama,lambang,logo,lagu,visi,misi,dan sebagainya yang ada kaitan
dengan sekolah.
Selain itu,saya dapat menguasai
kemahiran mencari,mengumpul,merekod,dan menganalisa maklumat mengenai sekolah.
Melalui kajian ini,dapat memupuk rasa
bangga dan cinta terhadap sekolah.
Seterusnya dapat mengamalkan nilai
murni yang diwarisi bersama warga sekolah yang lain.
Kaedah Kajian
Guru menerangkan kaedah yang akan
digunakansemasa mencari dan mengumpul maklumat seperti:
1.
Pemerhatian
2.
Menemu
bual
3.
Analisis
1. Pemerhatian sekeliling sekolah
-Saya telah membuat pemermahatian di
sekitar kawasan sekolah dan merakamkan beberapa keping gambar keadaaan sekolah
yang terkini yang boleh dibandingkan dengan keadaan asal sekolah ketika ini
mula ditubuhkan
2. Keadah menemu bual orang sumber
-Saya
telah menemu bual dua orang sumber yang menpunyai pengatuhuan tentang sejarah
sekolah.Beliau sudi berkongsi maklumat dengan saya
3. Kaedah analisis
-Semua data dan maklumat yang diperolehi
daripada orang sumber dan segala bahan akan dianalisis terlebih dahulu.segala
maklumat adalah tepat ,tidak berlaku percanggahan dan pemalsuan fakta tentang
fakta sekolah. Memilih maklumat, dokumen yang berkaitan seperti fail kurikulum
dankokurikulum dan menjadi sekolah.
KANDUNGAN
BIL
|
PERKARA
|
MUKA
SURAT
|
1
|
TAJUK
KAJIAN
|
1
|
2
|
PENGHARGAAN
|
2
|
3
|
OBJEKTIF
KAJIAN
|
3
|
4
|
KAEDAH
KAJIAN
|
4
|
5
|
HASIL
KAJIAN
|
5-17
|
6
|
RUMUSAN
|
18
|
7
|
LAMPIRAN
|
19-21
|
HASIL KAJIAN
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH SMK SUNGAI TAPANG
Nama Sekolah
|
SMK Sungai Tapang
|
Tarikh Dirasmikan
|
5 Januari 1981
|
Tarikh Pindah Ke Tapak Baru
|
2 Januari 1982
|
Luas Kawasan
|
15.05 Ekar
|
Alamat
|
KM 13, Jalan Penrissen, 93250
Kuching
|
No. Telefon & Faks
|
Tel: 082-612851, Faks: 082-612844
|
SMK Sungai Tapang telah
melalui rentetan sejarah yang agak panjang, dan menyaksikan perubahan demi
perbuhan seiring dengan perkembangan pendidikan sezaman. Sekolah ini
dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1981 sebagai sekolah campuran Gred C,
dengan 3 buah kelas peralihan dan 119 orang murid. Pengetua pertama
sekolah ini ialah En. Daniel Law. Beliau dibantu oleh dua orang guru dan
seorang kerani. Buat permulaannya, sekolah ini menumpang di Sekolah
Rendah Bantuan Sam Hap Hin yang terletak di Bt 7, Jalan Penrissen, Kuching
sebelum berpindah ke KM 13, Jalan Penrissen, Kuching pada 2 Januari 1982.
Bilangan kelas telah bertambah menjadi 19 dan jumlah murid meningkat kepada 643
orang. Bilangan guru pula seramai 29 orang.
Pada tahun 1986, sekolah ini dinaik
taraf menjadi sekolah gred A. Dengan itu, jentera pentadbiran sekolah
telah dimantapkan lagi dengan barisan pentadbir yang terdiri daripada Pengetua
A 11, 3 orang Penolong Kanan dan Penyelia Petang A 19. Semakin ramai guru
siswazah turut menjadi tenaga penajar sekolah ini. Selaras dengan
perkembangan tersebut, dua blok bilik kelas bertingkat tiga telah siap
dibina pada tahun 1989, untuk menampung keperluan murid yang terus
bertambah. Kini, sekolah ini jauh berkembang. Bilangan guru adalah
seramai 115 orang dan jumlah murid mencecah angka 1982 orang.
Tradisi dan budaya sekolah yang
bermula dengan pengenalan cogan kata, bendera dan lencana sekolah pada tahun
1982 telah diperkaya dengan penetapan visi dan misi sekolah pada tahun
2003. Dalam kesungguhan mengejar kecemerlangan secara seimbang dan
harmonis, sekolah ini telah mengupayakan semua kakitangan dan menggerakkan PIBG
untuk bergerak secara sinergi untuk membina budaya kerja cemerlang dan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
Sebagai sekolah yang
berlatarbelakangkan masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai budaya, sekolah
ini menghadapi cabaran yang hebat untuk menterjemahkan agenda pendidikan negara
kepada kemenjadian murid yang cemerlang
dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Malahan,
perpustakaan sekolah yang telah musnah dijilat api pada 17 Jun 2005 merupakan
dugaan yang amat mencabar. Namun, dengan adanya semangat juang yang
kental, ikatan semangat berpasukan yang kuat, dan usaha gigih yang tidak
mengenal kecewa dan putus asa, SMK Sungai Tapang berjaya menampilkan
kecemerlangan dalam bidang pentadbiran, kurikulum dan kokurikulum, serta
pembinaan sahsiah. Daripada sebuah sekolah yang mempunyai imej yang agak
negatif dari segi disiplin murid suatu masa dahulu, sekolah ini telah
berjaya membuat lompatan saujana, iaitu menjadi pilihan dan rebutan murid
dari sekolah lain, terutamanya bagai kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
Walaupun menghadapi masalah-masalah
pada peringkat permulaan, ini tidak akan menjadi penghalang untuk sekolah
menghantar wakil pasukan bola keranjang dan olahraga untuk menyertai
Pertandingan Bola Keranjang Antara Sekolah Menengah Zon Bandar dan Kejohanan
Olahraga Antara Sekolah pada tahun 1981.Penyertaan pertama dari sekolah ini
menghasilkan usaha dan keputusan yang membanggakan.
Perubahan demi perubahan berlaku
sejajar dengan keperluan pendidikan .Dari tahun 1982 ke tahun 1985 sedang
sekolah mengalami pertambahan staf dan pelajar , sekolah terus cemerlang dalam
bidang akademik dan kokurikulum. Pada tahun 1986, kelas-kelas SPM bermula dan
jumlah warga sekolah bertambah kepada 77 orang guru , 9 orang staf bukan
akademik dan pelajar-pelajar dalam 52 buah kelas. Pertambahan ini telah sampai
ke kemuncak pada tahun 1995 apabila pendaftaran pelajar sebanyak 2055 di dalam
61 buah kelas , 106 orang guru dan 11 orang staf bukan akademik.
SMK Sungai Tapang akan terus menjadi
obor pengetahuan dan kebijaksanaan serta sumber inspirasi kepada murid dan
masyarakat. Seperti sungai yang terus mengalir dengan tenang dalam suasana
penuh keceriaan dan pokok tapang yang teguh berdiri meski dipukul ribut dan
hujan, SMK Sungai Tapang bakal menjadi sekolah cemerlang yang menjulang
aspirasi pendidikan negara
Asal Usul Nama Sekolah
Nama sekolah
berasal dari Sungai Tapang dan pokok Tapang yang berdekatan ,pokok Tapang
adalah pokok terkenal di sekeliling kawasan
tersebut dahulu. Air sungai yang sentiasa mengalir melambangkan
pelajaran di dalam dan di luar sebagai satu proses berterusan dalam membentuk
individu supaya mereka berguna kepada masyarakat .Dalam pembelajaran sekolah
(semasa atau di antara tahun persekolahan ).Sebagai penyambungan , proses
terakhir , jangka permulaan dan kebenaran . Keanggunan dan kebanggaan pokok
Tapang , dengan dahan yang berbelah kepada dua bahagian , ia melambangkan
setiap pelajaran di sekolah ini membesar , menjadi baik , bertanggungjawab , berdisiplin, taat
setia , melahirkan kebaikan dan belajar dengan pendidikan yang merangkumi semua
bidang untuk mencapai fizikal ,
moral dan intelektual . Daun –daun pokok Tapang menyediakan penglindungan
kepada yang lain melambangkan perkhidmatan kepada masyarakat.
9 Pelajar catat prestasi cemerlang SPM
12/03/2010
KUCHING 11 Mac – Sembilan pelajar negeri ini mencapai keputusan berprestasi cemerlang tertinggi dengan mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang keputusannya diumumkan hari ini.Pengarah Pelajaran negeri, Dr. Julaihi Bujang memberitahu, daripada jumlah itu, dua pelajar memperoleh 12 A+, dua lagi mendapat 11 A+, tiga pelajar (10 A+) manakala dua pelajar (9 A+).
Menurutnya, pelajar yang mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran ialah Christine Wong Siaw Wei dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua dengan 12 A+; Chiew Ai Hui (SMK Chung Hua) 12 A+; Roland Teo Yii Lin (SMK St. Joseph) 11 A+ serta Voon Fui Kiun (SMK Sungai Tapang) 11 A+.
VISI
- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI TAPANG INSTITUSI BERKUALITI MAPAN.
MISI
- Memantapkan profesionalisme warga sekolah bersama-sama ibu bapa untuk melonjakkan pencapaian akademik, sahsiah dan kokurikulum serta meningkatkan aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan melalui pengurusan personal dan kewangan yang cekap.
Objektif
- Meningkatkan prestasi dan kualiti akademik murid secara menyeluruh.
- Menerapkan kemahiran belajar dan kemahiran teknologi maklumat ke dalam jiwa murid.
- Meningkatkan penguasaan murid dalam semua mata pelajaran terutamanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
- Melahirkan murid yang berdisiplin, berilmu pengetahuan, proaktif dan mempunyai daya pemikiran kelas pertama selaras dengan kehendak PIPP yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Melahiran modal insan yang berketrampilan dan boleh menghadapi cabaran alaf baru.
Strategi
- Meneruskan program-program yang telah dijalankan seperti:
- Program PKSM
- Program Nilam
- Program kelas bimbingan
- Program pemantauan proses P & P
- Program perkembangan profesion keguruan
- Program penggunaan ICT dalam P&P
- Program Kaunselin
- Program Literasi Komputer.
- Program Hari Permuafakatan Ibu bapa dan guru.
- Program-program Pemulihan / Pusat Rawatan Bahasa.
- Program-program lain mengikut keperluan semasa.
- Program penetapan Indikator Indek Pencapaian(KPI) guru.
Nama Penuh : BEKON JENET
Gred : DG52
Jawatan : PPPS - PENGETUA KANAN
Tarikh Penempatan Pertama : 16 OGOS 1984
Tarikh Penempatan Sekarang : 29 MEI 2003
Latihan Ikhtisas : DIPLOMA PENDIDIKAN
Kelulusan : B.A (ENGLISH), M Sc (HRD)
Mata Pelajaran & Kelas Diajar : MUET L6 SCIENCE 2
Gred : DG52
Jawatan : PPPS - PENGETUA KANAN
Tarikh Penempatan Pertama : 16 OGOS 1984
Tarikh Penempatan Sekarang : 29 MEI 2003
Latihan Ikhtisas : DIPLOMA PENDIDIKAN
Kelulusan : B.A (ENGLISH), M Sc (HRD)
Mata Pelajaran & Kelas Diajar : MUET L6 SCIENCE 2
WARGA STAF SOKONGAN
Barisan Pertama (Dari Kiri):
|
En.Ng Ban Fook, En. Marni Bin
Gugu, En. Hamdan bin Bujang (Penolong kanan Tingkatan 6), En. Thung Shin
Chuan (Penolong Kanan 1), En.Bekon Janet (Pengetua), Pn. Lee Hui Fen
(Penolong Kanan Hem), En. Abdul Mulok (PKKK), En. Ting Due Kok (Penyelia
Petang), En. Rantau ak Guntor
|
Barisan Kedua (Dari Kiri):
|
En. Mohd. Kamarulizwan, En.
Shasruddin bin Chek, En. Ayubudiman bin Tahir, Pn. Huryah binti Aini, Cik Lay
May Na, Pn. Susan ak. Pasin, En Sam Ahok, Pn. Nadhzua binti Ahmad Zainudin,
En. Mahiden bin Sanni, Pn. Trasan@Doren binti Piee, En. Yee Fook Ling, Pn.
Chong Rea Ngo, Cik.Earnestina Rapunzel ak. Asong, Pn. Hasmawati binti Yahya
|
LOGO
SEKOLAH
- Logo sekolah direka oleh seorang pelajar Tingkatan 1A, Chai Kueh Hua. Setiap warna dan simbol mempunyai maksud tertentu:
GREEN
|
The school colour, symbolizes the
vitality of the growth of our students in their intellectual and physical
development, and the unwavering awareness and preparedness of the school to
help every students attain this end.
|
YELLOW
|
Represents the transfer and
perpetuation of knowledge, wisdom and ethics from the teachers to the
students.
|
BROWN
|
The symbol of perseverance,
denotes the earnestness and readiness of our students to always try their
utmost best in the pursuit and attainment of excellence in all their present
and future undertakings.
|
- The name of the school is derived from the names of the nearby Tapang River anf the Tapang Tree, a common, but the most famous tree in the vicinity.
- Like the perpetual flow of waters of the Tapang River which, renews life in its basin, the school symbolizes education (during and beyond the schooling years) as a continual, unending process, and the source of enlightment and self-actualization.
- The majestic immensity and the beauty of the Tapang Tree with its upright towering trunk exploding into cascades of luxuriant foliage, and its multi utilitarian uses signify the school's role in providing all-round education to enable every student to become good, responsible, disciplined, loyal, productive and proactive citizens serving and contributing to the community, country and nation in their respective stations in life.
Falsafah SMK Sungai Tapang
Sekolah
merupakan tempat untuk mengemblingkan tenaga bagi mendidik dan membimbing
pelajar-pelajar dalam aspek kehidupan yang suci untuk dinikmati dan seterusnya
diperturunkan kepada generasi berikutnya agar dapat melahirkan masyarakat yang
berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan Negara.
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan
di Malaysia adalah sesuatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek
,rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan , berketrampilan ,berakhlakmulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga,masyarakat dan Negara.
Rukun Budaya
1.
Memahami
dan menghayati visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Negara.
2.
Mementingkan
kebajikan pelajar , memastikan pelajar yang tamat pengajian dari SMK Sungai
Tapang mempunyai ketrampilan diri, telah dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman untuk membantunya menghadapi cabaran dunia luar.
3.
Mementingkan
cara bekerja yang cekap ,efektif dan efision serta hasil kerja yang kreatif ,
inovatif dan berkesan .
4.
Mengamalkan
nilai-nilai rajin ,gigih , hormat , bertolak ansur ,saling membantu ,bijaksana
,adil ,berbudi bahasa, amanah ,jujur dan ikhlas .
5.
Membantu
dan memeberi perkhidmatan yang baik kepada pelajar ,rakan sejawat ,ibu bapa dan
masyarakat .
6.
Berusaha
menambahkan ilmu ,memperluaskan pengalaman serta mempertingkatkan pelbagai
kemahiran diri.
7.
Menjaga
imej diri, jabatan,sekolah dan rakan sebaya di khalayak ramai.
8.
Kepimpinan
melalui teladan.
9.
Sentiasa
memimpin dan menilai diri sendiri.
10.
Mengamalkan
perkhidmatan penyayang.
AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) TAHUN 2011/12
PENAUNG
|
|
PENASIHAT
|
|
YANG
DIPERTUA
|
|
NAIB
YANG DIPERTUA
|
|
SETIAUSAHA
KEHORMAT
|
|
PENOLONG
SETIAUSAHA
|
|
BENDAHARI
KEHORMAT
|
|
PENOLONG
BENDAHARI
|
|
AJK
KECIL
|
|
JURUAUDIT
|
|
LAGU SEKOLAH
Sembilan Belas Lapan Satu
Terukirnya Nama Mu
Tersergam Indah Permai
S M K Sungai Tapang.
Terukirnya Nama Mu
Tersergam Indah Permai
S M K Sungai Tapang.
Sembilan Belas Lapan Satu
Terukirnya Nama Mu
Tersergam Indah Permai
S M K Sungai Tapang.
Terukirnya Nama Mu
Tersergam Indah Permai
S M K Sungai Tapang.
Kami Putera-Puteri Di Sekolah Ini
Berjanji Berusaha Mengharumkan Nama
Walaupun Kami Berbilang Bangsa
Tetap Bersatu Hati Semangat Perpaduan.
Berjanji Berusaha Mengharumkan Nama
Walaupun Kami Berbilang Bangsa
Tetap Bersatu Hati Semangat Perpaduan.
Lahirnya Lencana
Terciptalah Kata
Berdisiplin Dan Bertanggungjawab
Menjadi Pegangan.
Terciptalah Kata
Berdisiplin Dan Bertanggungjawab
Menjadi Pegangan.
COGAN KATA SEKOLAH
BERDISIPLIN
DAN BERTANGGUNGJAWAB
- Cogan Kata ini dicadangkan oleh Encik Tan Yew Kiap, Ketua Jabatan Sains pada tahun 1982. Penyemaian dan amalan kedua-dua nilai ini amat penting bagi membentuk dan menyediakan pelajar untuk menjadi anggota masyarakat yang taat setia, berguna dan dapat memenuhi aspirasi yang termaktub dalam piagam dan wawasan sekolah.
IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami murid-murid SMK
SUNGAI TAPANG berikrar dan berjanji akan menunaikan kewajipan kami
terhadap sekolah dan masyarakat berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
- Memuliakan Tuhan pada setiap masa;
- Bersedia berbakti kepada sekolah dan negara;
- Menghormati guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan;
- Sentiasa berbudi pekerti mulia, mematuhi peraturan-peraturan sekolah serta perlembangan negara;
·
Berusaha
bersungguh-sungguh dalam bidang akademik dan kokurikulum serta
·
Sentiasa
berdisiplin dan bertanggungjawab
KOKURIKULUM
(UNIT BERUNIFORM)
Terdapat 13 buah Persatuan Unit
Beruniform seperti berikut:
- Kadet Polis
- Pandu Puteri
- Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
- PKBM
- Kadet Remaja Sekolah
- Kadet Bomba
- Pengakap
- Puteri Islam
- St. John Ambulan
- Tarian Singa
- Paluan Kompang
- Taekwando
- Wushu
(KELAB & PERSATUAN)
Terdapat 31 buah Kelab dan Persatuan
berbentuk:
- Akademik
- Pendidikan Seni
- Sains
- Matematik
- BM dan Sastera
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Geografi
- Sejarah dan Kenegaraan
- Pendidikan Moral
- Biologi
- Fizik
- Kelab Penyelidikan Tingkatan 6
- Perkhidmatan
- Koperasi/ Pengguna
- Buku Teks
- ICT
- Pencegahan Jenayah
- LEO
- Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6
- Majalah Sekolah
- Buletin Tapang
- Rakan Pembaca/ NILAM
- Pusat Sumber/ Perpustakaan
- Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)/ SLAD
- Rukun Negara
- Hobi dan Agama
- Fotografi
- Seni Budaya
- ISCF
- Katolik
- Buddha
- Pen. Alam Sekitar (PALS)/ Pelancongan & Rekreasi
- Per. Agama Islam
(SUKAN & PERMAINAN)
Terdapat 14 buah kelab berbentuk
permainan seperti berikut:
- Badminton
- Bola Jaring
- Bola Keranjang
- Hoki
- Olahraga
- Ping Pong
- Ragbi
- Sepak Takraw
- Wushu
- Yoga
- Permainan Dalam
- Bola Sepak/ Futsal
- Tenis
- Bola Tampar
Piagam
Pelanggan SMK Sungai Tapang
Kami
warga SMK Sungai Tapang berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk:
1.
Memastikan
setiap pelajar dididik supaya mencapai perkembangan sahsiah yang menyeluruh dari
segi jasmani,emosi,rohani dan intelek selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
2.
Memastikan
keselamatan dan kebajikan setiap pelajar dijaga sepanjang masa mereka berada di
sekolah.
3.
Memastikan
keadaan sekolah indah,bersih,ceria dan iklimnya kondusif untuk mempertingkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran .
4.
Memastikan
setiap pelajar dididik secara adil dan saksama tanpa mengira kaum ,agama dan
kedudukan .
5.
Memastikan
setiap guru dan kakitangan yang memohon untuk meningkatkan kemahiran dan tahap
profesionalnya di sokong dan diperakukan ke Jabatan Pendidikan Negeri dalam
jangka masa yang ditetapkan.
6.
Menguruskan
hal perjawatan ,emolument dan perkhidmatan setiap pergawai dengan segera serta
menghantarnya ke Jabatan yang bertanggungjawab dengan serta-merta .
7.
Memastikan
semua peruntukan kewangan digunakan secara efisien dan saksama untuk
menyediakan kemudahan bagi setiap warga sekolah.
8.
Memastikan
setiap latihan ,ujian dan peperiksaan yang disediakan berkualiti.
9.
Memastikan
setiap pelajar diberi persediaan secukup-sukupnya sebelum mereka menduduki
ujian sekolah dan peperiksaan awam.
10.
Menyediakan
perkhidmatan yang cepat ,cekap ,berkualiti dan penyayang pada setiap masa.
RUMUSAN
Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian
ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.Banyak yang dapat
dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, saya
berbangga kerana bersekolah di Sekolah Menengah Kebansaan Taman Ria Jaya
kerana:
Mempunyai tenaga pengajar yang berwibawa.
Peranan guru sangat penting bagi memastikankejayaan intitusi sekolah sebagai
pemangkin budaya ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat.
Sentiasa
mengenang dan menghargai jasa guru dan orang lain yang sama berusaha
membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan negara.
Mengetahui
dengan lebih mendalam mengenai sejarah sekolah, ini dapat menanam rasa setia
dan bangga dengan identiti sekolah seterusnya menyedari bahawa mengekalkan
kemegahan dankecemerlangan sekolah merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.
Sekolah
ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang mencukupi dan selesa untuk semua,
wargasekolah sepatutnya merasa bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang
disediakan sebaik mungkin
LAMPIRAN
PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG
SPM
Tahun 2007
Pelajar-Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2007
Bil.
|
Nama Pelajar
|
Kelas (Tahun 2007)
|
Gred SPM
|
1.
|
ALBERT HON KAH KIEN
|
5A
|
7A1, 3A2, 1B3
|
2.
|
CALVIN WATT GAWING
|
5A
|
6A1, 4A2, 1B3
|
3.
|
CHENG CHUANG LOOM
|
5A
|
9A1, 1A2, 1B3
|
4.
|
FRENA AK MONTI GERAI
|
5A
|
6A1, 2A2, 1B3, 1B4
|
5.
|
JEROME LIM MING CHIEH
|
5A
|
7A1, 1A2, 2B3, 2B4
|
6.
|
LAI PO HUNG
|
5A
|
6A1,4A2, 1B3, 1B4
|
7.
|
PUI SZE HUI
|
5A
|
5A1, 3A2, 2B3, 1B4
|
8.
|
TERENCE A/L MICHAL DASS
|
5A
|
6A1, 2A2, 3B3
|
9.
|
TING CHIEW NGIK
|
5A
|
8A1, 1B3, 1B4
|
10.
|
VOON FUI LING
|
5A
|
8A1, 2A2
|
11.
|
YONG PEI YIK
|
5A
|
5A1, 1A2, 3B3, 1B4
|
12.
|
JULIES BONG SHU AI
|
5B
|
5A1,3A2,3B3
|
13.
|
WINNIE LIM CHYI WEI
|
5A
|
4A1, 4A2, 2B3, 1B4
|
14.
|
LIM SIEW NEE
|
5A
|
4A1, 4A2, 3B3
|
15.
|
CHEW SHEAU PEY
|
5A
|
2A1, 5A2, 2B3, 1B4
|
16.
|
PHUA YE LI
|
5A
|
4A1, 3A2, 2B3, 1B4
|
17.
|
ARVINDEEP SINGH A/L AVTAR SINGH
|
5A
|
3A1, 3A2, 2B3, 3B4
|
18.
|
CHUNG HUI PING
|
5A
|
3A1, 3A2, 4B3, 1B4
|
TAMAT
tq
ReplyDelete