FULL ELEMEN 3 SEJARAH PMR 2013- SMK SUNGAI TAPANG



  Elemen
      3

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisonal penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

    Pada pendapat saya, kegiatan ekonomi tradisional sangatlah penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia kerana apabila kita melakukan kegiatan tradisonal kita dapat menyemarakkan semangat nasionalisme dalam diri kita disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, pangkat, bangsa dan agama.
       Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui kegiatan tersebut pihak yang terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum mendapatkan hasil.
       Sebagai contoh dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu mendapatkan bekalan udang geragau yang secukupnya untuk menghasilkan produk keluaran mereka.
     Dalam mengusahakan kegiatan ini, semangat kerjasama, tolong-menolong antara satu sama lain dan bermuafakat dapat dihidupkan. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu proses produk keluaran mereka. Sikap kerjasama, tolong menolong dan bertolak-ansur ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan Negara.
       Kita perlu bersyukur sebagai warganegara kerana negara kita aman, makmur dan bebas daripada peperangan tidak seperti sesetengah Negara yang rakyatnya sentiasa mendengar letupan bom di merata tempat .Keadaan di Negara kita ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang. Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Comments

Popular Posts