SEJARAH ELEMEN 2 PERFECT



ELEMEN
       2


   TAJUK KAJIAN


    


 KEGIATAN EKONOMI  
           TRADISIONAL
-PERNIAGAAN PISANG  
               GORENG
     

     KANDUNGAN









   PENGHARGAAN

  Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. maka saya, Mohd Nur Fikri bin Abu Dzar Albert telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan Kerja Kursus Sejarah sebagai sebahagian daripada syarat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013.

     Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Bekon Jenet, Pengetua SMK Sungai Tapang kerana telah memberi kebenaran dan galakan untuk saya menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru Sejarah saya iaitu Cikgu Sri Sumanthy Binti Mohd Zamhari yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kajian ini.

     Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Abu Dzar Albert Bin Abdullah dan Pn. Siti Norma Binti Abd Rashid yang telah memberi bantuan kewangan, galakan dan dorongan sepanjang saya menjalankan kajian ini.

   Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan kepada Encik Mohd Khairi bin Abdullah iaitu orang sumber yang telah sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan ini.
    Terima kasih juga diucapkan kepada rakan kumpulan saya Mc Arthur Balang, Christ, Nathenail dan Danielson di atas kerjasama yang diberikan sehingga saya dapat menyelesaikan semua tugasan ini.












 OBJEKTIF KAJIAN
       Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini, terdapat beberapa objektif yang ingin saya capai. Di antara objektif tersebut adalah seperti untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia. Begitu juga, saya dapat mengetahui tentang kaedah penyediaan pisang goreng serta perkembangannya. Maklumat yang direkodkan membolehkan saya mengenali kegiatan ekonomi tradisinal tersebut dengan lebih mendalam lagi.

Melalui kajian ini juga, saya mendapat pengetahuan dan pengalaman luas tentang cara-cara membuat kajian ilmiah. Saya akan menggunakan kemahiran dan kaedah yang dipelajari untuk melaksanakan sesuatu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Saya akan melalui sendiri pengalaman mencari, mengumpul fakta, merekod, menganalisis dan mensintesis maklumat dari pelbagai sumber yang sahih seperti buku ilmiah, akhbar, majalah, internet dan lain-lain lagi berkaitan dengan kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia.

Kajian ini juga secara tidak langsung akan dapat memupuk perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi tradisional yang menjadi warisan dan identiti masyarakat Malaysia. Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang keunikan ekonomi tradisional tersebut. Usaha perlu terus digembeling untuk mengekalkannya agar generasi akan datang berpeluang mewarisinya.

Melalui kajian ini juga saya dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan bertoleransi ketika proses mengumpul dan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan akan menjadi lebih mudah apabila ianya dilaksanakan secara berkumpulan dan mendapat bantuan daripada semua pihak terutamanya guru, ibu bapa dan rakan-rakan.







  KAEDAH KAJIAN

Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2013 . Maklumat adalah seperti di bawah.

1.                  Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku ilmiah  di perpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan tajuk goreng pisang.
2.                  Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaitan dengan tajuk kajian.kaedah kajian ini agak mudah kerana ianya dapat dilakukan pada bila-bila masa dan mempunyai banyak sumber yang diperlukan.
3.                  Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.Saya telah melawat tempat kajian saya iaitu di batu 9 Jalan Penrissen berdekatan dengan Open University Malaysia.
4.                  Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah .


     HASIL KAJIAN
1 Maklumat Asas

1.1 Nama/jenis kegiatan ekonomi
         Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah perniagaan pisang goreng oleh En. Mohd Khairi bin Abdullah

1.2 Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi
          Perniagaan pisang goreng ini telah dimulakan oleh Encik Mohd Khairi bin Abdullah mulai tahun 2008 apabila beliau bersara daripada tentera.  Pada masa tersebut beliau menggoreng pisang sebagai minum petang tetapi lama-kelamaan dia bercadang untuk membuat perniagaan pisang goreng untuk mencari rezeki.

1.3 Lokasi/tempat kajian
       Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Taman Greenwood Park ,Batu 9 berdekatan dengan Open University Malaysia.
Lukiskan peta mudah seperti peta pada kad kerja kahwin tetapi detail sedikit yang menunjukkan arah  mana lokasi rumah Encik Ali tu. Peta ini boleh diletakkan di bahagian 1.3 ini. Besar peta inisatu muka surat.



1.4.    Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan
Perniagaan pisang goreng  ini turut juga dijalankan oleh penduduk di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Mohd Khairi bin Abdullah. Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Mohd Khairi bin Abdullah kerana beliu merupakan antara orang yang lama  terlibat dengan perniagaan pisang goreng di kawasan itu selain usianya yang telah tua.















2.     Latar Belakang

            2.1     Tujuan dijalankan
Encik Mohd Khairi bin Abdullah pada mulanya menggoreng pisang untuk digunakan sebagai sumber  makanan dan masakan sendiri. Beliau hanya menggoreng pisang sebanyak 10-15 sehari sebagai minum petang bersama-sama keluarganya.

           2.2      Proses/cara pelaksanaan
            Perniagaan pisang goreng ini  sangatlah mudah kerana ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,keluasan tanah, modal, pekerja dan peruntukan masa bekerja yang banyak. Hal ini demikian kerana proses awal perniagaan pisang goreng ialah penyediaan  atau pembelian  pisang  .
2.3    Peralatan/kaedah yang digunakan
           Peringkat awal untuk membuat pisang goreng ialah dengan menggunakan pisau dan parang .Ia digunakan bagi proses mengupas kulit pisang dan untuk mendaptkan pisang di pokok. Selepas itu peralatan yang digunakan ialah penapis untuk menapis pisang goreng yang baru dikeluarkan daripada kuali supaya minyak yang berada dalam pisang goreng tersebut berkurangan. Akhir sekali, pinggan digunakan untuk meletakkan pisang goreng yang baru masak.








3.        Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

3.1.      Sumber pendapatan
             Dengan mengusahakan perniagaan pisang goreng  Encik Mohd Khairi bin Abdullah dapat menambah pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar  50 tandan pisang goreng. 5 keping pisang goreng beliau menjualnya dengan harga RM 1.20. Jadi pendapatan kasar daripada jualan pisang goreng ini ialah sebanyak RM 1000 sebulan .

3.2. Memenuhi permintaan
      Encik Ali Bin Ahmad juga memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk jamuan tertentu seperti acara gotong-royong. Beliau menyatakan bahawa tempahan dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum acara tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan pisang goreng untuk acara di atas ialah sekitar 50 keping.

3.3.       Pembangunan kawasan setempat
         Penglibatan penduduk di taman ini dalam perniagaan pisang goreng dan lain-lainnya telah menyebabkan kawasan ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana.

3.4.  Peluang pekerjaan
          Perniagaan pisang goreng  oleh Encik Mohd Khairi bin Abdullah tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana dilakukan oleh beliau dan isterinya sahaja. Ianya dilakukan pada waktu kerja sekitar pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 4.30 petang.

4.     Prospek

4.1.        Cabaran/kekangan yang dihadapi
         Encik Mohd Khairi bin Abdullah menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah berkaitan dengan modal. Beliau tidak memiliki modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan.
Beliau juga kadang-kadang tidak berniaga apabila kawannya tidak menjual pisang. Apabila tempahan yang banyak diperlukan beliau terpaksa mengambil pisang daripada pokok yang beliau tanam dan ianya juga mnegambil masa yang agak lama kerana kampungnya agak jauh dari tempat beliau berniaga.
Jangka masa pokok pisang untuk matang mengambil masa  selama 7 hingga 8 bulan mungkin menyebabkan bekalan pisang tidak dapat dikekalkan di pasaran pada sepanjang masa seperti mana bahan/ barangan lain . Oleh yang demikian peniaga pisang goreng akan terganggu atau pengguna akan beralih kepada peniaga pisang goreng yang lain untuk mendapatkan bekalan.

4.2.          Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta

Proses perniagaan pisang goreng yang tidak luas ini tidak banyak memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak jabatan atau agensi berkaitan dengan pemasaran seperti Mardi. Oleh yang demikian usaha perniagaan pisang goreng yang dilakukan oleh beliau mengikut pengalaman dan kemahiran yang dimiliki olehnya.
( boleh masukkan mana yang sesuai galakan daripada badan atau agensi kerajaan dalam memastikan kejayaan usahawan / ternakan/ pertanian dll dapat dijayakan dengan lebih baik )
4.3.          Reaksi/penerimaan masyarakat

Masyarakat di taman ini menjual pisang goreng untuk keperluan sendiri terutama untuk masakan harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja.
( boleh masukkan kejayaan yang dicapai oleh pengusaha sepanjang dia mengusahakan tanaman/ ternakan/ usaha selama ini – terutama daripada segi sambutan/ kepercayaan pelanggan terhadap keluaran nya dsb )

4.4.          Saranan dan harapan

Encik Mohd Khairi bin Abdullah mengharapkan agar beliau dibantu daripada segi modal untuk meluaskan perniagaan pisang goreng.
( boleh masukkan keperluan bantuan daripada pihak kerajaan daripada segi modal/ benih/ baja / sokongan input pertanian yang lain / bantuan kandang/ dll yang berkaitan ke arah membesarkan lagi perushaan ini )







                             RUMUSAN
      Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
       
        Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang perniagaan di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
       
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

Comments

Popular Posts