Cara-Cara Mengatasi Gejala Buli



                                              Cara-Cara Mengatasi Gejala Buli


Di Malaysia, pelbagai masalah atau gejala sosail yang tidak sihat berlaku dalam kalangan pelajar sekolah pada masa kini. Antara gejala tersebut ialah gejala buli. Gejala buli dalam kalangan pelajar di sekolah telah menunujukkan peningkatan yang drastik atau mendadak seperti cendawan timbuh selepas hujan. Gejala tersebut semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk hingga menyebabkan kematian.

    Apa itu buli? Buli ialah perbuatan yang kasar iaitu dengan mengasari orang yang lemah untuk meperlihatkan kekuatan diri atau keganasan seseorag. Seterusnya, gejala buli ini dilakukan oleh pelajar yang mempunyai tubuh badan atau fizikal yang gagah dan besar kerana mereka menggunakan kelebuhan fizikal yang terdapat pada diri mereka untuk mengasari atau menakutkan pelajar yang lemah. Gejala ini juga selalu melibatkan sekumpulan pelajar dan mangsa hanya keseorangan mempertahankan diri. Hal ini disebabkan kerana, apabila mereka melakukan gejala tersebut dalam sebuah kumpulan, mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan mudah untuk membuli mangsa yang berada seorang diri ketika itu. Gejala buli ini bermula dari peringkat awal persekolahan iaitu dari zaman prasekolah lagi.

   Gejala buli ini terjadi disebabkan beberapa factor atau aspek yang mendorong seseorang itu untuk membuli pelajar lain di sekolah. Antara factor-faktornya ialah kurang didikan agama. Hal ini terjadi disebabkan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya mereka sehingga tiada masa untuk mendidik anak-anak tentang aspek keagamaan. Seterusnya, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi kerana penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak akan lebih berkesan atau lebih efektif sekiranya didikan diberi dari awal. Gejala buli ini juga terjadi disebabkan oleh ibu bapa yang terlalu membiarkan anak-anak bebas dan kurang membuat pemantauan terhadap aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Ada juga dia Antara pelaku yang menganggap perbuatan mereka itu hanyalah sekadar suka-suka atau hobi semata-mata padahal perbuatan mereka itu telah menyebabkan mangsa yang terlibat berada dalam ketakutan dan kemurungan.

    Selanjutnya, factor yang menyebabkan seseorang pelajar itu untuk melakukan gejala buli ini adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Melalui pengaruh rakan sebaya, golongan pembuli akan berfikiran kurang matang sehingga menyebabkan mereka tidak boleh berfikri atau menilai yang mana satu baik dengan yang mana satu buruk dalam sesuatu tindakan yang dilakukan oleh mereka. Hal ini desebabkan kerana segala tindakan yang mereka lakukan lebih dipengaruhi oleh rakan sebaya. Di  samping itu, remaja yang silap memilih kawan atau sahabat akan lebih mudah terpengaruh untuk melakukan gejala yang tidak bermoral ini. Golangan pembuli juga mempunyai sifat ego yang sangat tinggi kerana mereka tidak mahu kalah atau dipandang rendah setelah dicabar oleh rakan-rakan mereka.

    Seterusnya, pengaruh media massa juga adalah slah satu factor yang mendorong seseorang itu untuk melakukan gejala buli ini. Hal ini disebabkan kerana media massa banyak menyiarkan rancangan atau cerita yang mepunyai unsur-unsur keganasan tidak kiralah melalui televisyen, internet, akhbar mahupun majalah. Cerita-cerita yang mempunyai unsur seperti tersebut adalah pemangkin utama  yang membawa berlakunya budaya yang tidak sihat atau negative. Tamabahan pula, pelbagai jenis genre filem dan drama yang memaparkan aksi budaya barat yang menjadi ikutan golongan remaja walaupun mereka mengetahui bahawa budaya tersebut jelas sekali betentangan dengan budaya Melayu. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa golongan remaja adalah golongan yang terdorong dengan perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan tanpa memikirkan padah yang bakal meraka perolehi.

     Akhir sekali, tekanan emosi yang melampau juga adalah salah satu factor berlakunya gejala buli di sekolah. Tekanan emosi ini berpunca daripada pelbagai maslah seperti masalah yang timbul dalam kalangan ahli keluarga. Contohnya, ibu bapa yang sering bergaduh atau bertengkar. Selain itu, kerja yang banyak atau membebankan juga akan menyebabkan tekanan emosi yang melampau. Pelaku akan semakin tertekan dan hilang kawalan emosi disebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Oleh sebab itu, pelaku mengambil jalan mudah untuk melepaskan tekanan yang mereka alami dengan membuli orang lain. Ada di antara mereka mengaku akan lebih gembira dan berpuas hati selepas membuli. Di samping itu, fikiran mereka akan menjadi lebih tenang dan lapang kerana segala tekanan telah dilepaskan dengan membuli orang lain.

     Tuntasnya, ibu bapa harus bekerjasama dan berganding bahu seperti aur dan tebig dengan pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan gejala buli. Gejala buli ini perlu ditangani dengan segera supaya dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.

( 679 patah perkataan )

Comments

Popular Posts